Untuk siapa

Organisasi kecil dan sedang berkembang yang tiada pasukan IT sepenuh masa tetapi tetap memerlukan seseorang yang boleh dihubungi apabila teknologi mengganggu kerja.

Apa yang termasuk

  • Sokongan jarak jauh untuk isu PC, e-mel, pencetak dan rangkaian
  • Lawatan ke lokasi di Putrajaya, Nilai dan Lembah Klang mengikut temu janji
  • Penyelarasan dengan penyedia internet, vendor perkakasan dan pembekal perisian
  • Cadangan pencegahan supaya masalah tidak berulang

Cara kerja

Sokongan boleh diambil secara ad hoc mengikut kadar sejam atau secara bulanan dengan masa respons yang dipersetujui. Setiap isu direkodkan supaya masalah berulang dapat diselesaikan dari puncanya.